RSS

dinner preparation

Posted by : ana farhana at 05:28 0 Comments

Tahun 2011 ni..adalah tahun kedua saya bersama Perodua...
seperti biasa, perodua appreciation nite akan diadakan setiap tahun
tahun 2010 dengan tema bollywood
nak tahu apa tema kali ni? arabian nite..


Jenuh juga la memikirkan apa baju dan gaya apa untuk majlis yang akan diadakan 
di bukit merah laketown 9hb April ni..
Macam-macam gelagat rakan-rakan sepejabat dalam sibuk mencari baju..
ada yang menyewa, ada yang baru terfikir nak shopping dan ada juga yang nak renovate baju lame..(hebat)
Errmm...saya dah jumpa..dan dah beli pun semalam (time rehat lama hari Jumaat) dengan kawan-kawan

Bercerita tentang performance..sama seperti tahun lepas, Ipoh 2 akan hantar wakil..
Impian untuk memenangi antara hadiah yang ditawarkan memang ada (bahasa pasar angan-angan la)
walaupun masih tak buat any preparation..
ooohh..no.. why my name on top?? ~ not as actress but director + choreographer
 Last year, we performed sketsa with nyanyi and dancing.. 1st experience Alhamdulillah our group menang tempat kedua and bawak balik replika cek sebesar pintu bernilai rm1000

~ Kuch Kuch Hota Hai.. ~~~

Tahun ini..nak tahu jugak apa kami perform?? nantikan la..
nanti saya story lagi.. + gambar jugak
tapi takut juga nak janji..pakai cantik-cantik tapi kena usung kamera hitam tangkap gambar orang lain
errmmm.. macam tak sesuai..
nak minta tolong abg zuki la.. photographer terbaik ipoh 2..
tumpang-tumpang saja la..boleh tak??? hehehe..



Ikuti sambungan selepas dinner nanti okey!... Akan saya kongsi bersama-sama

................. oke ..................

6 tahun sudah...

Posted by : ana farhana at 00:55 0 Comments

Cepat masa berlalu.. sudah 6 tahun perkenalan antara kami. 
Nothing special in our relationship, but trustworthy is very important
Terima seadanya dan sentiasa ada bila diperlukan

"awak, terima kasih kerana masih menyayangi saya...."


Jika anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb

sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin dan terus-terang
cemburu,baik hati dan peramah
ingin mendahului dalam apa jua keadaan
seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain
bercinta dalam usia muda tapi kahwin lambat
suka menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda
kuat belanja
pada masa hadapan, professional dalam kerjaya yang diceburi
punyai keluarga yang bahagia

pasangan ideal adalah orang yang dilahirkan pada 4hb, 6hb, 8hb, 13hb, 15hb, 17hb, 22hb, 24hb, 26hb. 31hb 

Jika anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb

amat degil dan rajin
kemungkinan akan menjauhkan orang lain dari diri anda kerana kata-kata
bertimbang rasa terhadap orang lain
berbakat dalam seni dan penyelidikan
akan membantu keluarga dan raka-rakan tanpa berfikir panjang
mudah dipergunakan terutama oleh rakan-rakan
sabar dan tegas

pasangan ideal adalah orang yang dilahirkan pada 1hb, 8hb, 10hb, 17hb, 19hb, 26hb, 28hb 

untuk renungan sahaja dan panduan bersama....suka-suka baca

................... insya Allah ada lagi ..................

memori terindah ~

Posted by : ana farhana at 00:32 0 Comments

Pengenalan blog pun sudah.. bercerita mengenai interest pun sudah. Tidak tahu bagaimana hendak mulakan tapi yang pasti saya ingin berkongsi rasa dan kehidupan bersama-sama seperti kita menghirup udara yang sama, berpijak pada bumi yang sama dan juga berteduhkan langit yang serupa..Seperti selalunya mendengar kata-kata hidup ini seperti roda..berputar mengikut aturan..kadangkala di bawah dan kadangkala di atas..



Perkenalan saya bersama seorang yang saya anggap terlalu istimewa bukan mudah untuk dicoretkan di sini..laluan yang panjang dan berliku terpaksa ditempuhi. Pelbagai rasa manis,masam,tawar bercampur dalam menghasilkan sebuah kisah. Bukan lah cinta teragung cuma merasai sedikit rasa cinta yang ingin disayangi dan menyayangi. Lebih indah sekiranya cinta dan sayang disemai sejak tidak punya apa-apa...yang dapat membantu dan mendorong menjadi insan yang lebih berguna. Perkenalan yang bermula pada 6 tahun lepas..menciptakan kami sekarang seadanya. Bersyukur di beri nafas, bersyukur di beri peluang untuk menjalani kehidupan seperti semalam.

"Ya Allah..satukan kami seperti mana Kau satukan yang lain. Berikan kekuatan dan peluang untuk kami meneruskan hidup ini dengan apa yang kami rancangkan..Aminn.."

JALAN-JALAN KE CAMERON...


Percutian yang tidak dirancang, selalu mudah dilaksanakan. Hehe.. ~ time ini baru lepas menghadiri majlis perkahwinan - kawan Mus. Lupa lak siapakah namanya tapi yang tahu...persandingan diadakan dengan penuh meriah dan serba hijau..di dewan dekat dengan Medan Gopeng.

Layan sahaja gambar-gambar yang sempat dirakam ketika berada di ladang teh Boh..sejuk mata memandang, betul-betul mendamaikan. Pada siapa yang pernah ke sana tentu ada pelbagai kenangan terindah..dan pada siapa yang belum lagi kesampaian..cepat-cepatlah ke sana okey!


Sempat lah juga bawak balik hasil snap posing kat sana ~ disebabkan pergi pun berdua sahaja, jadi bergilir-gilir la pegang camera tapi yang usung tripod ke hulu dan ke hilir - dia. Hehe..




Gaya menyanyi nasyid je ni. Time is running, naik dari Ipoh pun dalam pukul 2 petang, jadi tempat pertama terus dituju di sini lah - Ladang Boh. This is area parking yang dekat bawah. Berlatar belakangkan myvile color pink. Terpaksalah blur sikit, supaya focus pada objek di hadapan (paling utama). Nak pekena teh petang-petang kena menapak sikit ke atas..tak pun lalu bush walk, mencabar sikit tapi best...


 Penat berjalan, perut pun bernyanyi kelaparan.. orang kata best kalau di tempat-tempat sejuk begini, dapat lak makan steamboat..cam ala-ala Johnny kat Jusco tu mesti best. Tapi time ni, kami makan di restoran thai tapi lupa pula namanya..directionnnya senang je..betul-betul di hadapan KFC. Disebalik deretan kedai makan, souvenir shop, grocery..ada pula restoran thai ni...


 Nasi putih ~ tomyam ayam ~ telur dadar - menu yang di order mus. Disebabkan makan di restoran thai ~ teringin pula nak rasa nasi goreng thai. Not bad and sedap. 2 words from me.. 

Teringat pula masa pernah makan di sini suatu ketika dulu bersama famili... fazree ~ adik lelaki bongsu saya yang amat gemarkan menu-menu baru di mana-mana restoran..pasti dia mencuba. 
Order Nasi Goreng Cameron.. alih-alih sampai nasi yang penuh dengan sayur... dah la tak makan sayur..
garu kepala adik saya ketika itu..gelak besar kami sekeluarga



.................... end ....................

Ready For Blog

Posted by : ana farhana at 02:02 0 Comments

Assalamualaikum ~
Cuaca yang mendung di luar, memberi peluang untuk saya memulakan blog pada hari ini. Temujanji yang diatur di postpone la ke malam ni. Introducing myself? Haha.. Teringat pada setiap kali di interview.. dimulakan nama dan status diri ke latar belakang keluarga, pendidikan dan seterusnya bertanyakan pengalaman kerja. Momen menarik untuk dikongsi dan diceritakan kepada bakal majikan. Syukur Alhamdulillah, saya diterima berkerja selepas ditemuduga. Sehingga sekarang, masih seperti dulu melayari kehidupan seharian sebagai 'pekerja' bermula 8.30 pagi setiap hari. Blog ini saya akan gunakan sebagai medium melontarkan idea dan berkongsi setiap momen menarik yang berlaku. 

Simply introduce to all, I'm ana farhana who's no body in glittering industries but only a girl love to share blog's writing to others. Being a cancerian, sabar itu amat penting and need somebody to guide well of me. I love musics, fashion, travelling and utterly superb crazy with dancing. Musics with new songs --> TAYLOR SWIFTt + RIHANNA +AUBURN + PARAMORE (awesome foursome!!). Fashions? Haha.. gila with CARLO RINO...


Passion to me watching movie and hang out bersama teman-teman and especially with my bf. For being a first post into my blog, i would like to share about a new movie RANGO (animation movie for those who not recognize it). 




RANGO ~ A lizard that an identity crisis

Starring with Johnny Depp as a Rango membuatkan saya tidak sabar menonton cerita ini di pawagam. Love watching movies even cartoon, make me laugh and dapat lupakan segala tekanan di pejabat. Makan chocolate untuk hilangkan pressure betul ke? For me is totally true and another tips is try pula untuk pergi menonton cartoon..

RANGO who lives daily in terrarium berkawan dengan permainan plastik, merasakan diri nya hero dan terbaik. Segalanya bermula selepas dirinya moved from region to region southwest of the ancient western yang dikenali sebagai DIRT. Kehadirannya tidak dipedulikan, RANGO membuat helah sebagai seorang hero yang digeruni dan perlu dihormati oleh penduduk Dirt. Dengan sebutir peluru di dalam sepucuk pistol, RANGO mampu membunuh eagle, pemangsa yang ditakuti. 

Conflict began after RANGO diberikan tanggungjawab sebagai seorang sherif di pekan Dirt. Mencari konklusi di manakah air yang menjadi tanda tanya setiap penduduk di situ. Adakah ini berkaitan dengan Mayor of Dirt? dan dalam masa yang sama rahsianya dibongkarkan.. RANGO mengambil peluang untuk membuktikan dia adalah seorang hero sebenar dan berjaya membuka mata semua pihak di atas keberaniannya dan mengotakan janji untuk memberi air kepada semua penduduk Dirt. RANGO adalah hero and  berjaya changing circumstances and be adapt in Dirt. ~