RSS

memori terindah ~

Posted by : ana farhana at 00:32

Pengenalan blog pun sudah.. bercerita mengenai interest pun sudah. Tidak tahu bagaimana hendak mulakan tapi yang pasti saya ingin berkongsi rasa dan kehidupan bersama-sama seperti kita menghirup udara yang sama, berpijak pada bumi yang sama dan juga berteduhkan langit yang serupa..Seperti selalunya mendengar kata-kata hidup ini seperti roda..berputar mengikut aturan..kadangkala di bawah dan kadangkala di atas..



Perkenalan saya bersama seorang yang saya anggap terlalu istimewa bukan mudah untuk dicoretkan di sini..laluan yang panjang dan berliku terpaksa ditempuhi. Pelbagai rasa manis,masam,tawar bercampur dalam menghasilkan sebuah kisah. Bukan lah cinta teragung cuma merasai sedikit rasa cinta yang ingin disayangi dan menyayangi. Lebih indah sekiranya cinta dan sayang disemai sejak tidak punya apa-apa...yang dapat membantu dan mendorong menjadi insan yang lebih berguna. Perkenalan yang bermula pada 6 tahun lepas..menciptakan kami sekarang seadanya. Bersyukur di beri nafas, bersyukur di beri peluang untuk menjalani kehidupan seperti semalam.

"Ya Allah..satukan kami seperti mana Kau satukan yang lain. Berikan kekuatan dan peluang untuk kami meneruskan hidup ini dengan apa yang kami rancangkan..Aminn.."

JALAN-JALAN KE CAMERON...


Percutian yang tidak dirancang, selalu mudah dilaksanakan. Hehe.. ~ time ini baru lepas menghadiri majlis perkahwinan - kawan Mus. Lupa lak siapakah namanya tapi yang tahu...persandingan diadakan dengan penuh meriah dan serba hijau..di dewan dekat dengan Medan Gopeng.

Layan sahaja gambar-gambar yang sempat dirakam ketika berada di ladang teh Boh..sejuk mata memandang, betul-betul mendamaikan. Pada siapa yang pernah ke sana tentu ada pelbagai kenangan terindah..dan pada siapa yang belum lagi kesampaian..cepat-cepatlah ke sana okey!


Sempat lah juga bawak balik hasil snap posing kat sana ~ disebabkan pergi pun berdua sahaja, jadi bergilir-gilir la pegang camera tapi yang usung tripod ke hulu dan ke hilir - dia. Hehe..




Gaya menyanyi nasyid je ni. Time is running, naik dari Ipoh pun dalam pukul 2 petang, jadi tempat pertama terus dituju di sini lah - Ladang Boh. This is area parking yang dekat bawah. Berlatar belakangkan myvile color pink. Terpaksalah blur sikit, supaya focus pada objek di hadapan (paling utama). Nak pekena teh petang-petang kena menapak sikit ke atas..tak pun lalu bush walk, mencabar sikit tapi best...


 Penat berjalan, perut pun bernyanyi kelaparan.. orang kata best kalau di tempat-tempat sejuk begini, dapat lak makan steamboat..cam ala-ala Johnny kat Jusco tu mesti best. Tapi time ni, kami makan di restoran thai tapi lupa pula namanya..directionnnya senang je..betul-betul di hadapan KFC. Disebalik deretan kedai makan, souvenir shop, grocery..ada pula restoran thai ni...


 Nasi putih ~ tomyam ayam ~ telur dadar - menu yang di order mus. Disebabkan makan di restoran thai ~ teringin pula nak rasa nasi goreng thai. Not bad and sedap. 2 words from me.. 

Teringat pula masa pernah makan di sini suatu ketika dulu bersama famili... fazree ~ adik lelaki bongsu saya yang amat gemarkan menu-menu baru di mana-mana restoran..pasti dia mencuba. 
Order Nasi Goreng Cameron.. alih-alih sampai nasi yang penuh dengan sayur... dah la tak makan sayur..
garu kepala adik saya ketika itu..gelak besar kami sekeluarga



.................... end ....................

0 comments:

Post a Comment